Saturday, March 21, 2015

Pattern Nama pada Kopiah dan Topi

Baru-baru ini.. ada yg request mahukan topi yang berkait sekali dengan nama.. mula2 agak hesitate juga lah mahu terima atau tidak since selama ini tak pernah sekali pun buat projek-projek yang mengait nama  nie..

requestnya mahukan topi seperti ini...
so apa lagi...kita google ajoo macam mana nak buat topi yg ada nama.. hihihi.. at last tahu juga lah teknik yg digunakan untuk mengait nama pada topi.. memadangkan baru first time buat,, maka boleh tahan juga lah berapa kali buat dan berapa kali rombak balik..

at last... jadilah seperti ini...
Taadaaaa!!!

hurrmmmm... nampak pelik.. tapi boleh lahh.. memandangkan ini adalah cubaan pertama (the red warrior punya tema katanya)

macam mana nak buat..?? 

First thing first... anda kena sediakan sehelai kertas graph..
then, google pattern tulisan yg dikendaki (saya biasanya type "Letter Block design" ataupun "Letter Cross Stitch Design" di situ banyak contoh-contoh tulisan yg sesuai digunakan)



*dari hasil carian google, gambar diatas adalah contoh-contoh tulisan yg boleh didapati*

then, selepas mendapatkan jenis tulisan yg dikendaki.. lakarkan nama yg anda ingin letakkan didalam sekeping kertas graph..(termasuk space diantara huruf-huruf yg dikehendaki) 
tetapi.. jika anda seorang yg ber IQ tinggi, tak perlu lakarkan pun tidak mengapa asalkan anda mampu berimiginasi didalam kepala.. hihihi.. 

dan akhir sekali anda boleh lah mula mengait topi beserta nama dengan merujuk kepada teknik yg ditunjukkan dibawah ini.. 
(Pattern membuat topi itu, terpulanglah pada kaedah masing-masing...)



dan... yg dibawah ini pula adalah kopiah yg dibuat untuk Aiman.. saja je suka-suka.. gian pulak rasanya mahu mengait nama pada topi.. dan alang-alang dah ada adik lelaki seorang, kita kaitkan ajoo. Nanti bila dekat sekolah cikgu boleh panggil nama dia selalu..kuikuikui



Pattern Kopiah ini boleh didapati disini:  Kopiah Nama

No comments:

Post a Comment