Sunday, May 24, 2015

Pattern Clutch Puerse #2- Chevron Stitch


Salah satu teknik crochet yg baru saya godek-godek adalah chevron stitch atau nama lain bagi stitch ini dipanggil Ripple stitch. Chevron stitch boleh digunakan untuk membuat banyak projek antaranya adalah blanket, cardigan, clutch , afgan dan macam-macam lagi..
Untuk mepraktis chevron stitch ini..saya telah membuat sebuah purse clutch yg simple seperti yg ditunjukkan dibawah


Chevron Stitch Clutch Purse



Tutorial untuk membuat chevron purse clutch boleh didapati di youtube seperti yg ditunjukkan dibawah. Untuk pattern yg telah saya buat, saya melakukan Back Loop Only half double crochet (BLOHDC)  instead of normal double crochet untuk mendapatkan texture pada permukaan Clutch purse saya..





Saturday, May 2, 2015

Pattern: Sarung Telur (egg cozy) #1

Simple Egg Cozy (Sarung Telur)

    Ini adalah sarung telur yg paling mudah dan ringkas untuk dibuat.. for those yg ingin buat sarung telur untuk kenduri kahwin dengan quantiti yg banyak.. sarung telur pattern ini mungkin salah satu pilihan yg ada.. kalau gigih dan rajin, dalam satu hari boleh buat 20 hingga 30 pcs and of course benang yg digunakan pun tidak lah terlalu banyak dimana 1 buku benang NONA biasanya boleh dapat sekitar 10-12 pcs (bergantung kepada saiz jarum yg digunakan)

Heyy...sexy.. !!!





Material: acrylic yarn (NONA)
needle size: 3.5mm or 4.0mm

Stitches :

ss = slip stitch

ch = chain

sc = single crochet

dc = double crochet


Egg Cozy Pattern

start with magic ring (or chain 4, make into loop and work into that)

Round 1

ch 4 (consider as 1 dc and 1 ch), [1dc, 1ch] x 8 inside magic ring, ss at 3rd ch of ch 4

* including ch 4, there should be 9 set of [1dc, 1ch] inside magic ring*


Round 2


ss to first ch 1 space.  1 ch 1 sc in same space, (ch 3 sc in next ch 1 space) x 8.  ch 3 ss into 1st sc  (9 x 3 ch loops and 9 sc)


Round 3

ss to 3 ch loop.  1 ch 1 sc in loop, (ch 3 sc in next loop) x 8.  ch 3 ss into 1st sc  (9 x 3 ch loops and 9 sc)

Round 4-11 

repeat round 3


Round 12

(for egg cozy handle)

ch 25, skip 4 ch 3 loop, ss at fifth ch 3 loop  Fasten off, weave in


Flower pattern :various simple flower pattern






Monday, April 27, 2015

Pattern Summer Dress #1: Yellow Pink Summer Dress

Sebelum ini, ada seorang kawan minta saya buatkan Summer Dress untuk diberikan kepada keponakannya.

Kemain bersungguh2 saya mencari pattern yang Free. Akhirnya jumpa juga. Tapi, bila dibuat mengikut pattern yang saya jumpa, alahai..saiznya kecik betul. Untuk budak 3 bulan je. Jadi, saya ambil alternatif untuk alter sendiri dan buat ikut sedap tangan sendiri. Akhirnya jadilah summer dress yang ini..



Oleh sebab Pattern ini saya yang reka, maka saya boleh la post Free Pattern dekat sini tanpa perlu cite mana2 blog/laman. Kot2 ada yang nk cuba buat kan.


Untuk keseluruhan projek ni, saya menggunakan;
  • Economy Cotton AranYarn Light Pink (2 ketul) dan Light Yellow( 1 ketul)                        **Benang boleh beli di Cotton House Store
  • Tulip Crochet Hook size 8/0 (around 5.0 mm)
  • Jarum kasar (untuk matikan benang)
  • Riben 
  • 2 biji butang 
#Dalam projek ni saya pilih untuk guna Cotton Yarn sebab suhu dan cuaca di Malaysia ni memang cepat bikin orang berpeluh. Kalau mahu pakai benang lain, it is up to you ok..

Teknik yang digunakan dalam Projek ini:
Ch = Chain
SC = Single Crochet
HDC = Half-Double Crochet
DC = Double Crochet
Sl.St = Slip Stitch

#Kesemua teknik asas ini telah diterangkan di dalam entri2 sebelum ini. 

1. SUMMER DRESS



Chain 42

Row 1: HDC in the 3rd Ch from hook, 2 HDC in next stitch, 1 HDC in next stitch, 2 HDC in next stitch. Repeat (1,2,1,2) until end. (total HDC:60)

Row2: Chain2, Turn. 1 HDC in each stitch. (total HDC:60)

Row 3: Chain 2, Turn. 1 HDC in first Stitch, 2 HDC in next stitch. Repeat (1,2,1,2) until end. (Total HDC:90)

Row 4: Chain 2, Turn. 1 HDC in each stitch. (Total HDC:90)

Row 5: Chaon 2, Turn. 1 HDC in first stitch, 1 HDC in 2nd Stitch, 2 HDC in next stitch. Repeat (1,1,2) until end. (Total HDC:120)

Row 6. 1HDC in each stitch. (Total HDC:120)

Row 7: 1 HDC at first stitch until 16. Sl.St in next sticth,chain 5. Skip 25 stitch, and make HDC on the next  36 stitch. Sl.St on next Stitch,ch 5. Skip 25 Stitch, make HDC on next 16 stitch. then Sl.St on the first HDC,

Row 8: Chain2, Turn.*2DC,1 ch,2DC (shell)  in the first stitch, skip 2 stitch, SC in next stitch, Skip 2 Stitch*, Repeat (* to*) until end.

Row 9 - Row 25: Chain 2, Turn. 1SC in the 1Ch space of the shell (center of the shell), Ch 1.  Make 3DC, Ch2, 3DC (shell) in the next SC. Repeat until end.


p.s: 1. Sekiranya nak buat belang2 macam summer dress y ini, kena rajin tukar benang. Contoh, Row 7 benang pink, Row 8 Benang Kuning, Row 9 benang pink..dan seterusnya. Sekiranya tukar benang, jangan potong dulu benangnya. Potong benang bila dah ada di hujung projek.

2. Selepas siap projek,  'jahit tepi'  projek anda dengan cara buat SC pada setiap stich di Row paling bawah. Begitu juga dengan bahagian kolar dan lengan. Jangan Malas. Ini supaya hasil kerja anda nampak lebih kemas.


3. Untuk bahagian lengan, anda boleh biarkan ianya kosong sahaja. Tapi dalam dress ini saya buat  *shell (2DC,1Ch,2DC), Skip 2 Stitch, SC in the next stitch, Skip 2 Stitch* dan ulang sampai habis.


2. BEANIE



Untuk beanie pula, saya cilok Pattern orang lain je. Kalau nak buat, boleh cuba klik di sini


3. HEAD BAND



Untuk headband pula, saya buat shell head band. Pattern pula saya ambil di facebook Crochet World. Boleh try klik di sini dan tekan butang left arrow kalau nak buat.


4. BOOTIES

Untuk Pattern booties, caranya sama je macam pattern yang saya tunjuk dalam entri2 lepas. Cumanya, bila tiba part ankle dia tu, saya buat shell ( 2DC,1Ch,2DC), Skip 2 Stitch, Shell,..dan ulang sampai habis. (ini namanya dah malas nak menaip). Lepas buat 2 layer, saya matikan benang. Kemudian, selit reben di celah2 shell row pertama. Siap.

5. BUNGA

Untuk pattern bunga, anda boleh google sendiri. Cuba taip 3 Layer Crochet Flower  kat Google. Insyaallah, banyak la free pattern y akan keluar. Jika saya rajin, esok2 mungkin saya akan share disini macam mana nk buat bunga berlapis2 tu..


Ok..stakat ini saja perkongsian saya. Jumpa lagi di projek seterusnya..ekekee...

Saturday, April 18, 2015

Crochet Summer Dress

Ini adalah last projek (setakat ini) yang saya buat, iaitu Babby Summer Dress.


Pattern untuk baju ni memang saya hentam sendiri je. Pakai ikut sedap tangan je. Oleh itu, free pattern tidak dapat disediakan kerana saya pun dah lupa pattern dia macam mana...

Tapi, senang je nak buat baju ni. Asal tahu basic crochet, pasti boleh melakukannya...

p.s: Bila ditenung2, selekeh juga summer dress ni sebenarnya. 

Saturday, March 21, 2015

Pattern Nama pada Kopiah dan Topi

Baru-baru ini.. ada yg request mahukan topi yang berkait sekali dengan nama.. mula2 agak hesitate juga lah mahu terima atau tidak since selama ini tak pernah sekali pun buat projek-projek yang mengait nama  nie..

requestnya mahukan topi seperti ini...
so apa lagi...kita google ajoo macam mana nak buat topi yg ada nama.. hihihi.. at last tahu juga lah teknik yg digunakan untuk mengait nama pada topi.. memadangkan baru first time buat,, maka boleh tahan juga lah berapa kali buat dan berapa kali rombak balik..

at last... jadilah seperti ini...
Taadaaaa!!!

hurrmmmm... nampak pelik.. tapi boleh lahh.. memandangkan ini adalah cubaan pertama (the red warrior punya tema katanya)

macam mana nak buat..?? 

First thing first... anda kena sediakan sehelai kertas graph..
then, google pattern tulisan yg dikendaki (saya biasanya type "Letter Block design" ataupun "Letter Cross Stitch Design" di situ banyak contoh-contoh tulisan yg sesuai digunakan)



*dari hasil carian google, gambar diatas adalah contoh-contoh tulisan yg boleh didapati*

then, selepas mendapatkan jenis tulisan yg dikendaki.. lakarkan nama yg anda ingin letakkan didalam sekeping kertas graph..(termasuk space diantara huruf-huruf yg dikehendaki) 
tetapi.. jika anda seorang yg ber IQ tinggi, tak perlu lakarkan pun tidak mengapa asalkan anda mampu berimiginasi didalam kepala.. hihihi.. 

dan akhir sekali anda boleh lah mula mengait topi beserta nama dengan merujuk kepada teknik yg ditunjukkan dibawah ini.. 
(Pattern membuat topi itu, terpulanglah pada kaedah masing-masing...)



dan... yg dibawah ini pula adalah kopiah yg dibuat untuk Aiman.. saja je suka-suka.. gian pulak rasanya mahu mengait nama pada topi.. dan alang-alang dah ada adik lelaki seorang, kita kaitkan ajoo. Nanti bila dekat sekolah cikgu boleh panggil nama dia selalu..kuikuikui



Pattern Kopiah ini boleh didapati disini:  Kopiah Nama

Friday, March 20, 2015

Tips: Bagaimana Menentukan Saiz Topi

Apabila membuat topi atau nama lain nya Beanie.. menentukan saiz adalah sangat penting bagi mengelakkan topi yg dibuat itu terlalu longgar ataupun terlalu ketat

dan....

saiz sesebuah topi biasanya ditentukan oleh size flat circle..

Flat Circle Example 

Untuk mendapatkan ukuran yang tepat.. ukur lilit kepala haruslah diukur dengan menggunakan tali inci.. 

selepas mendapatkan ukuran yang dikehendaki..


kita boleh mengira diameter flat circle topi yg diperlukan menggunakan fomula parameter sebuah bulatan seperti diatas.

let's say anda ingin membuat topi untuk adik anda.. dan anda dapati ukur lilit kepala nya adalah 42cm. untuk mendapatkan diameter, 42 dibahagi dengan pai a.k.a 22/7 a.k.a 3.14  bersamaan 13.37cm..

jadi ketika membuat topi.. pastikan flat circle anda berdiameter (+/- 13.37 cm)
dan untuk mendapatkan tinggi (dari ubun-ubun sekingga bawah telinga)  topi yg sesuai dengan ukur lilit, gunakan fomula:


contohnya.. ukur lilit kepala 42 dibahagi dengan 10 dan didarabkan dengan 4
bermakna tinggi topi yang sepatutnya adalah 16.8 cm

fomula diatas adalah dipetik daripada Size crochet Hat  





Mudahnya Crochet Bahagian 2: Magic Ring

Antara basic crochet yang anda perlu tahu sebelum masuk ke dalam dunia crochet adalah SK,Ch,SC,HDC,DC dan Sl.St (sila rujuk entri lepas untuk tutorial). Selain daripada asas-asas ini, ada lagi satu asas yang perlu dipelajari sebelum masuk ke dunia crochet, iaitu Ring.

Ring adalah asas kepada semua projek yang mempunyai bentuk'bulat'. Antara projek crochet yang akan bermula dengan Ring adalah Beanie, Bottle Cover dan beberapa jenis pattern bunga.


Nak buat Bottle Cover macam ni kena bermula dengan ring


Basically, ada beberapa cara bagaimana nak buat ring. Ada sesetengah orang suka buat Magic Ring kerana senang katanya sebab luas Ring tu boleh adjust.


Ini adalah Magic Ring

 Di bawah ni adalah cara-cara nak buat Magic Ring

Tatacara untuk buat Magic Ring. Sumber daripada Mr,Google

Kalau tak reti buat Magic Ring (macam saya)... boleh buat ring dengan menggunakan fomula:

Slip Knot, 5 Chain dan slip stitch pada Chain pertama.



Nota Kaki: Keluasan Ring bergantung kepada sebanyak mana SC/HDC/DC yang ingin dikait didalam ring. Sekiranya hendak kait 12 SC/HDC/DC, guna fomula Sk,5Chain,Sl.St pada chain pertama itu dah memadai. Kalau nak buat kait SC/HDC/DC yang lebih banyak, tambahkan bilangan Chain dalam ring (Cth: Sk,7Ch, Sl.St pada Chain 1). Begitu juga kalau nak kecik kan Ring.) Selamat Mencuba.