Friday, March 20, 2015

Mudahnya Crochet Bahagian 2: Magic Ring

Antara basic crochet yang anda perlu tahu sebelum masuk ke dalam dunia crochet adalah SK,Ch,SC,HDC,DC dan Sl.St (sila rujuk entri lepas untuk tutorial). Selain daripada asas-asas ini, ada lagi satu asas yang perlu dipelajari sebelum masuk ke dunia crochet, iaitu Ring.

Ring adalah asas kepada semua projek yang mempunyai bentuk'bulat'. Antara projek crochet yang akan bermula dengan Ring adalah Beanie, Bottle Cover dan beberapa jenis pattern bunga.


Nak buat Bottle Cover macam ni kena bermula dengan ring


Basically, ada beberapa cara bagaimana nak buat ring. Ada sesetengah orang suka buat Magic Ring kerana senang katanya sebab luas Ring tu boleh adjust.


Ini adalah Magic Ring

 Di bawah ni adalah cara-cara nak buat Magic Ring

Tatacara untuk buat Magic Ring. Sumber daripada Mr,Google

Kalau tak reti buat Magic Ring (macam saya)... boleh buat ring dengan menggunakan fomula:

Slip Knot, 5 Chain dan slip stitch pada Chain pertama.



Nota Kaki: Keluasan Ring bergantung kepada sebanyak mana SC/HDC/DC yang ingin dikait didalam ring. Sekiranya hendak kait 12 SC/HDC/DC, guna fomula Sk,5Chain,Sl.St pada chain pertama itu dah memadai. Kalau nak buat kait SC/HDC/DC yang lebih banyak, tambahkan bilangan Chain dalam ring (Cth: Sk,7Ch, Sl.St pada Chain 1). Begitu juga kalau nak kecik kan Ring.) Selamat Mencuba.

No comments:

Post a Comment