Monday, April 27, 2015

Pattern Summer Dress #1: Yellow Pink Summer Dress

Sebelum ini, ada seorang kawan minta saya buatkan Summer Dress untuk diberikan kepada keponakannya.

Kemain bersungguh2 saya mencari pattern yang Free. Akhirnya jumpa juga. Tapi, bila dibuat mengikut pattern yang saya jumpa, alahai..saiznya kecik betul. Untuk budak 3 bulan je. Jadi, saya ambil alternatif untuk alter sendiri dan buat ikut sedap tangan sendiri. Akhirnya jadilah summer dress yang ini..



Oleh sebab Pattern ini saya yang reka, maka saya boleh la post Free Pattern dekat sini tanpa perlu cite mana2 blog/laman. Kot2 ada yang nk cuba buat kan.


Untuk keseluruhan projek ni, saya menggunakan;
  • Economy Cotton AranYarn Light Pink (2 ketul) dan Light Yellow( 1 ketul)                        **Benang boleh beli di Cotton House Store
  • Tulip Crochet Hook size 8/0 (around 5.0 mm)
  • Jarum kasar (untuk matikan benang)
  • Riben 
  • 2 biji butang 
#Dalam projek ni saya pilih untuk guna Cotton Yarn sebab suhu dan cuaca di Malaysia ni memang cepat bikin orang berpeluh. Kalau mahu pakai benang lain, it is up to you ok..

Teknik yang digunakan dalam Projek ini:
Ch = Chain
SC = Single Crochet
HDC = Half-Double Crochet
DC = Double Crochet
Sl.St = Slip Stitch

#Kesemua teknik asas ini telah diterangkan di dalam entri2 sebelum ini. 

1. SUMMER DRESS



Chain 42

Row 1: HDC in the 3rd Ch from hook, 2 HDC in next stitch, 1 HDC in next stitch, 2 HDC in next stitch. Repeat (1,2,1,2) until end. (total HDC:60)

Row2: Chain2, Turn. 1 HDC in each stitch. (total HDC:60)

Row 3: Chain 2, Turn. 1 HDC in first Stitch, 2 HDC in next stitch. Repeat (1,2,1,2) until end. (Total HDC:90)

Row 4: Chain 2, Turn. 1 HDC in each stitch. (Total HDC:90)

Row 5: Chaon 2, Turn. 1 HDC in first stitch, 1 HDC in 2nd Stitch, 2 HDC in next stitch. Repeat (1,1,2) until end. (Total HDC:120)

Row 6. 1HDC in each stitch. (Total HDC:120)

Row 7: 1 HDC at first stitch until 16. Sl.St in next sticth,chain 5. Skip 25 stitch, and make HDC on the next  36 stitch. Sl.St on next Stitch,ch 5. Skip 25 Stitch, make HDC on next 16 stitch. then Sl.St on the first HDC,

Row 8: Chain2, Turn.*2DC,1 ch,2DC (shell)  in the first stitch, skip 2 stitch, SC in next stitch, Skip 2 Stitch*, Repeat (* to*) until end.

Row 9 - Row 25: Chain 2, Turn. 1SC in the 1Ch space of the shell (center of the shell), Ch 1.  Make 3DC, Ch2, 3DC (shell) in the next SC. Repeat until end.


p.s: 1. Sekiranya nak buat belang2 macam summer dress y ini, kena rajin tukar benang. Contoh, Row 7 benang pink, Row 8 Benang Kuning, Row 9 benang pink..dan seterusnya. Sekiranya tukar benang, jangan potong dulu benangnya. Potong benang bila dah ada di hujung projek.

2. Selepas siap projek,  'jahit tepi'  projek anda dengan cara buat SC pada setiap stich di Row paling bawah. Begitu juga dengan bahagian kolar dan lengan. Jangan Malas. Ini supaya hasil kerja anda nampak lebih kemas.


3. Untuk bahagian lengan, anda boleh biarkan ianya kosong sahaja. Tapi dalam dress ini saya buat  *shell (2DC,1Ch,2DC), Skip 2 Stitch, SC in the next stitch, Skip 2 Stitch* dan ulang sampai habis.


2. BEANIE



Untuk beanie pula, saya cilok Pattern orang lain je. Kalau nak buat, boleh cuba klik di sini


3. HEAD BAND



Untuk headband pula, saya buat shell head band. Pattern pula saya ambil di facebook Crochet World. Boleh try klik di sini dan tekan butang left arrow kalau nak buat.


4. BOOTIES

Untuk Pattern booties, caranya sama je macam pattern yang saya tunjuk dalam entri2 lepas. Cumanya, bila tiba part ankle dia tu, saya buat shell ( 2DC,1Ch,2DC), Skip 2 Stitch, Shell,..dan ulang sampai habis. (ini namanya dah malas nak menaip). Lepas buat 2 layer, saya matikan benang. Kemudian, selit reben di celah2 shell row pertama. Siap.

5. BUNGA

Untuk pattern bunga, anda boleh google sendiri. Cuba taip 3 Layer Crochet Flower  kat Google. Insyaallah, banyak la free pattern y akan keluar. Jika saya rajin, esok2 mungkin saya akan share disini macam mana nk buat bunga berlapis2 tu..


Ok..stakat ini saja perkongsian saya. Jumpa lagi di projek seterusnya..ekekee...

No comments:

Post a Comment