'Asal tahu basic crochet dan cara baca pattern, semua benda boleh buat (kalau jumpa pattern free kat internet la)'
Dibawah ini adalah beberapa basic dalam membuat crochet yang perlu dimahirkan dahulu sebelum terlibat dalam dunia crochet...
1. Slip Knot
Slip Knot (SK) ini adalah basic. Kiranya, dalam kebanyakan projek2 crochet akan bermula dengan sklip knot. Tutorial untuk slip knot adalah seperti dibawah...
2. Chain
Chain (Ch) pula adalah asas kepada projek crochet..kiranya sebagai dasar/tapak kepada projek crochet kita. Kebanyakan projek crochet akan bermula dengan SK kemudian diikuti dengan Ch.
3. Single Crochet
Single Crochet (SC) merupakan salah satu asas dalam crochet. Kebanyakan projek crochet menggunakan kaedah SC.Antara projek yang saya buat guna SC adalah bottle cover. Kalau SC ni, dia lebih kemas la sebab dia tak mudah stretch. Dan biasanya juga saya akan guna SC untuk 'jahit tepi' saya punya cardigan/apa2 projek supaya hasilnya lebih kemas.
4. Half Double Crochet
Half Double Crochet (HDC) pun antara asas crochet. Kira antara basic yang perlu tahu juga la. HDC ni saiz dia lebih besar sikit dari SC. HDC ni biasa kita guna time nak buatbeanie (topi babby). Berbanding dengan SC, HDC lebih mudah stretch.Teknik nak buat HDC:
Double Crochet (DC) ni saiz dia lagi besar berbanding dengan HDC. kira kalau ikut urutanm, SC<HDC<DC la. DC ni kita biasa guna untuk buat cardigan. Tapi kalau nak buat bottle cover, jangan sekali2 guna DC sebab nanti bila kita isi botol air, dia punya bottle cover akan stretch..
6. Slip Stitch
Slip Stitch (Sl.St) ni biasa kita buat dipenghujung projek iaitu ketika nak mematikan kait crochet. Kira pengakhiran bagi sesebuah projek la. Tapi kadang2 ada juga sesetengah pattern yang akan gunakan Sl.St ni ditengah2 projek
itu saja perkongsian untuk kali ni. Ini kira basic sebasic-basicnya la ni. Next time mungkin saya akan share tentang level y up sikit dari basic iaitu macam mana nak increase benang, dan macam mana nak decrease...
Nota Kaki: Kalau rajin, sila la cari kat you tube. Banyak lagi video lain yang tunjuk macam mana nak buat SK,Ch,SC,HDC,DC dan Sl.St.
No comments:
Post a Comment